Showing posts with label hanyaNukilan. Show all posts
Showing posts with label hanyaNukilan. Show all posts

1.2.12

Dewi Aleeya

Aleeya berjalan di celah-celah orang ramai. Di dalam terowong itu, jauh di sudut tepi di atas tangga terduduk seorang mamat berambut panjang, kerinting, menutupi sebahagian wajahnya. Sambil memetik gitar berwarna pich. mendendang sebuah lagu...

"Apabila jendela terbuka
Terbongkar segala rahsia
Betapa indah semua
Kewujudan yang tercipta
Senyummu Dewi Aleeya
Indah nan mempersona
Sanggup ku telan selaut bara.."

Keesokkan harinya, Aleeya sekali lagi berjalan melalui terowong itu. Kali ini, tidak pusu-pusu manusia di situ. Sekali lagi Aleeya terdengar alunan suara itu, lagu itu, tetap sama.

"Ku tak menghiraukan
Apa tohmahan terhadap dirinya
Ku yakin percaya
Kerana ku tahu kau dewi hatiku.."

Suara yang persis Black Mentor itu masih kedengaran. Ahh lunak sungguh suara itu. Rasa ingin tahu membuak-buak. Aleeya berjalan terus berhadapan dengan mamat itu. Masih lagi mamat itu mendendangkan lagu itu tanpa jemu.. walau tiap kali lagu yang didendangkan itu adalah lagu yang sama.

"Kau Dewi Aleeya
Tiada duanya
Hanya kau yang satu
Kau Dewi Aleeya
Dambakan selalu
Penyeri di istanaku"

"Awak.. awak ni siapa?"

Pelan-pelan wajah itu menjawab. "Saya mencari Aleeya. Dewi Aleeya Natasha".

Dan mamat itu mendongak. Rambutnya yang tidak terurus berterbangan ke tepi ditiup angin. Dan terpancar jelaslah wajah itu. Wajah yang 10 tahun lamanya Aleeya mencari.

"Sol..! Sol, ini Aleeya. Aleeya yang Sol cari selama ini..."

...............................................

Cos I tried so hard to find her.
Should I hold my breath
Now she's looking at me.
And I hope she knows I want her.

6.12.11

buat gadis yang bernama lisa suriyani

pejam mata
hati bertanya
siapa saya rindu ini kala

jawab lagi hati
saya rindu lisa suriyani
sumpah rindu sampai mati

andai lisa tahu
dunia pasti berlagu
hujan pasti berderai sayu
lantas rumpun-rumpun menari layu
syahdu..
terharu..

ai lap yu

.........................

5.12.11

bila malam

malam
fikir aku tentang kau begitu dalam
sedalam lautan puas aku selam
biar tanpa cahaya.. kelam
yang penting rasa itu cinta.. walau hanya dalam diam
kerna itu sebaik-baik cinta hawa terhadap adam

...............

28.10.11

Bagai pungguk rindukan bulan

Hye sang bulan.
Bila malam kau menjelma.
Cahaya mu nan bersinar.
Menerangi sudut hati yang sepi ini.

Hye sang bulan.
Aku menanti kau pasti tiba.
Tanpa ajakkan kau muncul.
Seakan memahami diri ini.

Hye sang bulan.
Tiada yang kedua selain kau.
Yang sentiasa aku nantikan.
Agar kau jatuh ke riba.

Hye sang bulan.
Jikalah kau tahu.
Yang sentiasa merinduimu.
Adalah aku, sang pungguk.

22.8.11

Dunia mereka kini yang sangat berbeza

Dzulkarnain terlihat kelibat wajah yang dia cukup kenali, yang dia cukup rindui.

" eh.. Yasmin.."

Zul berkejaran. Pergi ke situ. Yasmin menoleh, melihat Zul.

Yasmin tersenyum.

Hati Zul berdebar-debar. Adakah ini Yasmin? Ahh pedulikan soalan itu.

Yasmin masih lagi tersenyum.

Zul masih lagi berlari. Berlari ke arah itu.

Zul tercungap-cungap keletihan. Dan kini Zul betul-betul di depan Yasmin. Hatinya macam nak pecah. Jantung berdegup kencang.

Perlahan-lahan di sapa pipi Yasmin dengan jari-jemarinya.

Dan perlahan-lahan jua lah wajah Yasmin menghilang.. ghaib sedikit demi sedikit dari pandangan mata kasar Zul.

Zul paham maksud itu. Dia berkhayal lagi. Masih tidak dapat dilupakan wajah gadis itu. Gadis yang dulu, kini dan selamanya bertakhta dalam hatinya. Tak penah berubah. Walaupun gadis itu sudah jauh... sangat jauh meninggalkannya.

Dunia mereka kini yang sangat berbeza.

.............................................


19.7.11

Disebabkan itu

"Ajis, bila lah kau nak kawen ni. Umur dah lebih 30." Tanya makcik Zainab. Susah hati orang tua itu melihat keadaan anak terunanya itu. Bukannya apa. Di usianya yang makin senja, teringin lah juga kan nak rasa kehadiran menantu, apatah lagi menimang cucu.

Ajis tersenyum. Dia bukannya tak kacak. Kewangan pun kukuh. Gadis? Ada sahaja yang cuba mendampinginya. Lawa-lawa semuanya. Tapi..

........................................

"Nita, tunggu lah aku kejap. Takkan nak balik sorang-sorang. Nanti ada pape jadi kat kau macam mana? Tak kawen aku kang. Mai sini aku teman kau balik k"

"Haha.. Lepak ahh Ajis. Kata je lah memang kau nak temankan aku balik pun kan" ;)

"Aku cuma risau kan kau.."

.......................................

"Hello.. Nita, kau kat mana?"

"Aku kat luar ni. On the way balik rumah. Dalam Cab ni."

"Sorang-sorang?"

"Yup."

"Bahaya lah."

"Dont worry lah Ajis. Aku kan dah besar" :)

'Tapi.. kalu awak tade, sape lagi saya nak kawen. Awak, cepat-cepat balik tau. Saya tunggu.'


......................................

"Surat khabar surat khabarrr...."

15 JAN. Pihak polis menemui mayat seorang gadis dalam lingkungan 20an di dalam sebuah teksi yang ditinggalkan. Tiada sebarang dokumen atau kad pengenalan yang ditemui. Kepada sesiapa yang kehilangan keluarga atau saudara-mara...............

......................................





15.7.11

Mia Sarah

Mia berjalan. Berjalan lagi. "Tempat apakah ni..? Indah sungguh." Tanya Mia seorang diri.

"Hey kamu. Keluar dari sini. Sini bukan tempat kamu." Suatu suara menjelma.

Mia terkedu. Mahu tinggalkan tempat ini? Ahh tidak. Tidak sama sekali. Tempat ini sangat indah, cantik. Kenapa perlu di tinggalkan.

"Hey kamu. Tak mengertikah kamu. Kamu bukan ditakdirkan untuk berada di tempat ini."

Mia bingung. Kalau masih tidak mahu berganjak, melawan takdirkah maksudnya?

"Kamu degil? Kenapa?"

Mia menarik nafas sedalam-dalamnya lalu dihembuskan perlahan-lahan. Dan diungkapkan..

"Kerna tempat aku hanya dalam hati ini. Aku mahu hidup dan mati dalam hati ini. Dalam hati orang yang paling aku sayang, paling aku cintai. Usah lagi menghalang. Biarlah tuhan yang menentukannya. Bukannya kamu si Pembisik Hati. Kerna aku tahu, dengan izin-Nya, Mia untuk Adam dan Adam untuk Mia selamanya."

........................................


Italic

5.6.11

Ira

Ira termenung sendiri. wajahnya muram. Matanya berkaca.

"Hye Ira. Janganlah bersedih. Saya kan ada. Saya akan senantiasa berada di sisi awak :)"

Ira tersenyum hambar. "Tapi, awak takkan berada di sisi saya sama macam dulu".

............................

Dari jauh Haykal memandang Ira. Ira buat tak tahu. 'Sorry Haykal, saya tak dapat untuk mencintai awak. Hati saya keras.' Bisik hati Ira.

Ira teruskan melangkah. Haykal mengikuti langkah itu. Ira melajukan langkah.

"Ira..!!!"

Ira tidak menoleh.

Haykal berlari pantas. Lalu menolak tubuh Ira. Ira tersungkur. Sedikit luka. Dan Haykal....

..........................

"Ira, janganlah bersedih lagi. Saya kan ada kat sini."

Airmata Ira mula membasahi pipi.

"Maafkan saya haykal. Dahulu, saya tak penah menghargai kewujudan awak. Saya ego. Saya paksa diri saya untuk tidak mencintai mana-mana lelaki, saya hiprokit. Padahal, saya sangat mencintai diri awak."

"Ira, saya ok kan. saya ada lagi di sisi awak ni =)"

"Terima kasih Haykal. Walaupun awak sekarang berada di alam yang lain, awak tetap menjelma untuk menemani saya."

Haykal tersenyum. lalu menghulurkan tangan, membawa Ira pergi, pergi ke alam yang lebih abadi, ke alam yang hanya mereka dua sahaja yang wujud, saling cinta-mencintai =)

.............................

29.5.11

Aqma sedang berjalan seorang diri

"Aqma..... tunggu lahhh.."

"Ya allah, Muz, nape berlari-lari ni?"

Muzakay tercungap-cungap.

"Tengah-tengah malam macamni, Aqma jalan kaki balik rumah sorang-sorang? Bahaya lah."

Muzakay mengerutkan dahinya tanda serius.

Aqma sedikit ketawa. Lalu diungkap, "Muz risaukan Aqma ek? hehe"

Muzakay tersenyum.

..........................................


A smile is the light in your window that tells others that there is a caring, sharing person inside.

7.5.11

Maisarah

Fizi tak tentu arah. Ligat otaknya memikirkan ayat yang sesuai untuk diungkapkan. Maisarah memandang kehairanan.

"Awak nape ni? Ada something nak bagitahu ke?"

Fizi masih membisu. Diramas-ramas sudu dijarinya itu. Mungkin tindakan refleksi. Fizi masih lagi mencari ayat yang sesuai untuk diungkapkan kepada Maisarah.

"Mai, kejap ek, saya nak gi kat casher tu."

Maisarah hanya mengangguk menuruti kata Fizi. 3 minit kemudia Fizi muncul. Tergenggam sehelai kertas di tangannya.

"Mai, ini untuk awak."

Maisarah menyahut kertas yang diberikan oleh Fizi. Lalu diungkapkan perlahan-lahan apa yang tertera di kertas itu...

'SAYA SUKA AWAK'.

....................................


Why do I love you? Because you are and always have been my dream.

28.3.11

Selamat Pengantin Baru

Dari jauh Kimi memandang, rumah yang terang-benderang itu, dilengkapi lampu-lampu bermacam-macam warna, dipenuhi manusia-manusia tak kira tua muda, kanak-kanak berlari-lari, sungguh seronok, sungguh meriah. Tapi bagi kimi, sebaliknya.

Selamat pengantin baru
Selamat berbahagia
Selamat ke anak cucu
Selamat sejahtera

Sayup-sayup kedengaran lagu nyanyian Allahyarhamah Saloma dimainkan. Kimi masih tenang.

Tuk.. Tuk.. Ketukan dari luar tingkap. Kimi menurunkan sedikit paras cermin tingkap itu.

"Anak, dari tadi pakcik tengok anak asyik dalam kereta. Tak mahu pergi menjenguk ke rumah pengantinkah? Jom lah sekali. Pakcik pun nak pegi ke sana".

Kimi tersenyum hambar. "Takpe lah pakcik. Kejap lagi saya pergi". 

Pakcik itu berlalu pergi. Kimi masih di dalam kereta.

..............................

"Kimi, nanti kalu Mimi kahwin, Kimi datang kenduri kahwin Mimi tau."
"Taknak lah."
"Sebab apa taknak?"

'Sebab Kimi cintakan Mimi'. Jawab Kimi dalam hati.

..............................

Tuk.. Tuk.. "Anak, masih tak pergi jenguk? Eh, kenapa menangis ni?"

"Tak ada apa-apa pakcik". Kimi tmengesat air mata. dan tersenyum.

Kedengaran enjin kereta dihidupkan. Lampu kereta dinyalakan. dan dengan perlahan berlalu pergi. Pergi meninggalkan kisah cinta, kisah yang pastinya terpaksa dilupakan, terpaksa ditelan walaupun pahit.

.............................


Tak sengaja lewat depan rumahmu
Ku melihat ada tenda biru
Dihiasi indahnya janur kuning
Hati bertanya pernikahan siapa

Tak percaya tapi ini terjadi
Kau bersanding duduk di pelaminan
Airmata jatuh tak tertahankan
Kau khianati cinta suci ini

Tanpa undangan , Diriku kau lupakan
Tanpa utusan , Diriku kau tinggalkan
Tanpa bicara, Kau buat ku kecewa
Tanpa berdosa, Kau buatku merana

Ku tak percaya 
Dirimu tega
Nodai cinta 
Khianati cinta

19.3.11

Nur Syazana

" Sila ambil tempat masing-masing. Kegarisan... "

Syazana fokus.

"Sedia. MULA!!"

Perlumbaan bermula. Syazana mengorak langkah. Terus memecut. Satu persatu persaingnya dipintas. Tidak kenal erti lelah, erti putus asa. Dipercepatkan lagi kelajuan pergerakkannya.

...............................

Sudah memasuki check point yang terakhir, dia kini berkedudukan di tempat ke dua. Syazana masih tidak mahu mengalah. Semakin kuat tenaganya, semangatnya.

Tidak jauh dari situ, sudah kelihatan garisan penamat. Syazana bersaing hebat bersama seorang pesaing. Masing-masing tidak mahu kalah.

Cuma beberapa langkah lagi untuk mengetahui siapa pemenangnya.

3 langkah.

2 langkah.

Dan.

..........................................

" Encik Khairi, semuanya sudah selamat. Encik dah boleh tengok isteri serta baby. "

Anis tersenyum memandang suaminya. Disisi Anis, kelihatan cahaya mata mereka yang sulung. Comel, cantik. matanya bulat, pipinya tembam, kemerahan.

Khairi mendukung baby itu.

" Baby perempuan yer. Abang namakan baby ni Nur Syazana. Nur Syazana, selamat lahir ke dunia ini =) "

8.3.11

Awak Saya Berbeza

Awak dan saya sangat berbeza.
Awak putih, saya hitam. 
Awak ada rupa, saya pula muka pecah rumah.
Awak suka ketawa, sedangkan saya lebih selesa berdiam diri.

Awak dan saya sangat berbeza.
Awak sangat rajin, saya pula pemalas.
Awak suka bersosial, tapi saya umpama kera sumbang.

Awak sedar atau tidak?
Atau awak cuma buat-buat pejam sebelah mata?
Keluarga awak kaya, keluarga saya miskin.
Darjat awak dan saya bagai langit dan bumi.
Langsung tiada persamaan.

Saya mengeluh.
Awak tersenyum.

Kenapa?

Awak menjawab.
Tapi hati kita satu.
Jiwa kita satu.
Kemahuan kita satu.

Dan CINTA kita satu :)



25.2.11

Nurul dan Iskandar

Si kecil itu cuba belajar untuk berjalan.

" Te tehhh.. te tehhh.. "

Hanya setapak dua, jatuh lagi. Si kecil tidak putus asa. Dicubanya lagi untuk berjalan.

Tersenyum kedua-dua mempelai yang baru bergelar ibu ayah itu memerhatikan gelagat anak sulung mereka.
Kata orang, comel anak kecil ini seperti ibunya. Ligatnya pula seperti ayahnya.

..............................

Dari jauh, gadis comel itu asyik memerhatikan gelagat seorang jejaka. Jejaka yang sedang ligat menggelecek bola.

1..

2...

3 pemain lawan ditewaskan dan.... Gollllllll...!!!

Bersorak penyokong tuan rumah. UTM sudah mendahului UNISEL 3 berbalas 0. Gadis itu tersenyum riang.

................................

" Bagus tak saya main tadi? "
" entah, tak tengok pun ". Bohong Nurul.

Iskandar tersenyum. Bukan dia tak tahu sikap buah hatinya itu. Lain jawapan yang diharapkan, lain jawapan yang diberikan. Namun, itu jua yang memikat hati Iskandar.

Nurul membalas senyuman.

" Comelnya  :) ". Bisik hati Iskandar.

................................

" Awak, malam ni kita Dinner? Tempat biasa. Saya ada hal mustahak nak bincang ngan awak ".


Nurul resah. Suara Iskandar yang seakan-akan cuba mendesak membuatkannya keliru.

.............................

" Apa yang penting sangat ni? "
" Encik, ini aiskirm yang encik pesan tadi ". Dan pelayan itu terus berlalu.
"  Ehem.. Kalu yer pun makan la aiskrim tu dulu. "


Nurul mengangguk. Seperti robot mengikut sahaja telunjuk Iskandar, digapai sudu di sebelah kanannya lalu dicuit sedikit aiskrim berperisa strawberi itu.

Dan.. dengan tak semena-mena sesuatu yang berkilau terjatuh dari timbunan aiskirm itu lalu bergolek hinggap ke jari kelingking Nurul.

" Saya cintakan awak. Sudikah awak menjadi teman sehidup semati saya? "


Nurul menitiskan air mata. Tangisan dalam kegembiraan. Disarungkan cincin itu masuk ke jari manisnya.

.............................

" Puteri Amanina, datang kat ayah "


Terkedek-kedek si kecil itu pergi mendapatkan ayahnya.

" Baru semalam belajar berjalan, hari ni terus pandai yerr... ".
" Ehemm.. yela ligat macam ayahnya juga ;) " . Berbisik Nurul kepada suaminya.

Bergelak ketawa pasangan itu.

................................

5.2.11

Andai Aku Tiada

Aku tersedar. Arggh mimpi ngeri tadi. Terus, aku teringatkan Farah. Mana Farah? Saat ini aku begitu rindukannya. Aku menggerakkan seluruh tubuh ku, berlari mencari Farah diseluruh pelosok kawasan sekolah.

" Hey Siti, nampak Farah? " Siti diam.

Pelik. Tiada respon. Demam agaknya. Aku meneruskan ayunan langkah.

" Syuk, kau ada nampak Farah? Puas aku cari dia tak jumpa. Kau tahu mana dia sekarang? " Syuk diam. Pandangannya teralih di luar kawasan sekolah. Kelihatan Farah di situ. Tapi, kenapa Farah nangis?

Aku pergi. Pergi mendapatkan Farah. Ramai orang di situ berkumpul. Ahh sudah.. ada excident rupanya. Tapi kenapa Farah nangis? Sape yg excident?

Aku menyelit disebalik sekolompok manusia-manusia itu. Aku tergamam. Tertera tulisan nama dia sudut kocek pakaian seragam sekolah mangsa kemalangan itu, AMAR DINI.

........................................

" Farah, kalu saya takde apa yg awak rasa yer? "
" Apa ni Dini, cakap bukan-bukan. Taknak lah Farah jawab. "

Dini tersenyum.

Petang itu, awan mendung. Menandakan suasana yg cerah akan suram. Dini bergegas mengambil basikalnya. Pantas Dini mengayuh padel basikalnya.

" Dini... "

Dini menoleh. Kelihatan Farah memanggil namanya. Dini tersenyum. Lama Dini memandang wajah gadis itu.

Dalam tak sedar, sebuah kereta Waja memacu laju di hadapannya. Dan..

.....................................

Farah, kini baru aku tahu apa yang kau rasa andai aku tiada lagi di sini. Terima kasih Farah. Cukuplah. Janganlah menangis lagi.

Bunyi Ambulance berlalu pergi.

..................................


If I die tomorrow
As the minutes fade away
I can't remember
Have I said all I can say?
You're my everything
You make me feel so alive
If I die tomorrow


27.1.11

Gambar

" Awak, tepi skit. saya nak shoot gambar awek cun ni..! " Sambil Zairul meng ejas Nikon D60 nya.

Ilya ke tepi. Memberi ruang kepada Zairul. Wajahnya tampak hampa namun masih menampakkan senyuman.

Kcikkk..!!

Ilya : " Dah ke blom? "
Zairul : " Dah.. nak tgok? "

Ilya diam. " Nak tengok gambar perempuan lain. Ahh nak watpe." Ilya bermonolog.

Zairul masih menanti. Ilya senyum paksa.

Ilya : " Oke la.. bak sini DSLR tu ".

Ilya perhatikan gambar itu. Lama dia perhatikan. Dia tersenyum. Kali ini senyumannya berputik mekar.

Ilya : " Awak, lain kali nak shoot gambar saya pun bagitahu la dulu. " Ilya mendengus manja.

Wajah Zairul riang. Puas dia dapat mengambil gambar wajah insan kesayangannya itu. Akan dipahatkan gambar itu di dalam hatinya. Kerna itulah pertama kali dia mengambil gambar insan yang paling dia cintai :)

............................................



Memory is a way of holding onto the things you love, the things you are, the things you never want to lose

4.1.11

Diari si Setan

26 jan 2011


6.00 a.m

Suram. Aku masih dalam kegelapan. Mana cahaya? Mana kau? Kau babi kan. Babi pun tak macam kau. Siang kau peguam. Malam kau macam setan. Kau tgok sekarang, apa dah jadi. Kau mabuk. Berapa liter air kencing setan kau dah teguk r? Berapa anak ayam dah kau roket? Kau memang sial.

Allahuakbar... Allah.... huakbar.. Allah........ huakbar.. Allah.... huakbar
Ashaduallah.. ilahailallah.. Ashaduallah ilahailallah....

6.30 a.m

Aku masih di situ. Aku dapat lihat. Di depan aku. Makhluk-makhluk berpakaian putih berpusu-pusu. Ke mana mereka pergi. Wajah mereka. Aku lihat cahaya pada wajah mereka. Aku lihat kegembiraan. Aku cemburu.

9.00 a.m

Aku masih bersandar di tiang. Cahaya matahari mula memancar. Argh aku tak suke. Aku panas. Aku cuba bangun. Aku tak mampu. Badan aku busuk. Hati aku, wangi lagi taik-taik di tepi jalan itu. Hati aku kotor. Jijik.

11.00 a.m

Aku lihat manusia2 bergelimpangan. Berkejar-kejaran. Masing-masing keluar mencari rezeki. Ada wawasan. Aku? sampah masyarakat. Iye aku memang berharta. Aku banyak duit. Aku bebas joli sana-sini. Nak sedap badan, aku cari anak dara, belen, bohsia, cikaro.. sume aku dah rasa. Memang dasar buaya.

1.00 p.m

Aku lihat jam di tangan. Masih mampu bergerak lagi rupanya tangan ini. Aku tersenyum. Masih ada masa. 

5.00 p.m

Tubuh kering ini kian tidak bertenaga. Tidak berganjak walau seinci. Aku pandang ke langit. Aku lihat awan. Cantik sungguh awan itu. Aku kagum ngan ciptaan maha Esa. Arghh kenapa baru sekarang aku ingat Dia. Masih sempatkah. Aku tak tahu itu. 

5.45 p.m

Hujan lebat. Keadaan jalan kembali lengang. Mungkin semua sedang berteduh. Cuma aku yang bodoh. Biarkan diri ini kebasahan. Biarkan diri ini bergelumang dengan dosa. Mata aku semakin kelam. Cahaya makin jauh meninggalkan aku. Umi, Ayah, maafkan anakmu. Maafkan aku ya Allah.... 

6.00 p.m

" Hello, boleh saya bercakap dengan Encik Kamarul"
" Yer saya bercakap "
" Encik, sila ke Hospital Selayang untuk membuat pengecaman mayat "

............................................................................................


p/s : Jauhi Pergaulan Bebas, Cegah Penularan HIV AIDS.




3.1.11

Pergi

Aiman Akif termenung. Jauh dia mengelamun. Mengapa kau tinggalkan aku. Kita kan penah berjanji akan sehidup semati.

Aku kecewa. Aku sangat kecewa.

....................................

Aleesya Dania, dialah penawar luka lara Aiman Akif. Tanpa Aleesya, Aiman mungkin tiada kekuatan, tiada keberanian lagi untuk menempuh hidup di dunia ini.

" Aleesya nak makan? "
" Taknak... "
" Aleesya nak minum? "
" Taknak... "


" Aleesya nak mama. "


....................................

Iye aku kecewa. Kau tinggalkan kami. Anak kecil ini baru berusia 4 tahun, masih perlukan kau, dan kau pegi.. pegi jauh tinggalkan kami.

...................................


Tiap-tiap yang hidup pasti akan mati. Daripada Nya kita datang dan kepada Nya kita kembali. Buat yang telah pergi meninggalkan kita, sedekahkan la al-Fatihah kepada mereka. Hanya itu yg mampu kita usahakan...

24.12.10

Miss You

24 Dis 2010.. Tepat jam 8 malam

Suasana sepi.. Diluar kelihatan hujan turun dengan lebat.. Selang setiap seminit kedengaran bunyi guruh..
Jauh dihujung sudut sana.. sekujur tubuh terduduk.. mencangkung.. tersandar di dinding.. sambil tangan menutupi wajahnya..

Sesekali matanya mendongak, memandang kearah pintu itu.. pintu yg dihadapan sebelah kanannya.. menanti pintu itu untuk dibuka..


10 jam yang lalu..


" Hye, saya rindu awak :) ", usik Yusnizam.
" Bluekk.. kite tak rindu awak pun.." sambil Anis menjelir lidah.
" Eleh yeke tak rindu ni? btol? "
" Btol lahhh.. watpe nak rindu kat awak.. hensem pun tak "
" Hensem takde, tapi sweet ada kan :) "

Yusnizam tersengih. Anis tahu, Yusnizam saja ingin menduga hatinya. Sejak perkenalan mereka yang pertama, sewaktu bersama-sama menyertai program khidmat masyarakat di Melaka, Anis dapat rasakan sesuatu yg lain dalam diri Yusnizam yg dia sendiri tak tahu apakah itu. Namun, dia pasti, ini bukanlah sesuatu yg melibatkan rindu. Perasaan cinta jauh sekali.


7 jam yang lalu..


" Yus, cepatlah amek kite.."
" Kete tengah byk ni.. Saya bawak laju-laju k.. tak sabar nak jumpa saya ek ;) "
" Eeeii mna ada.. kite bosan la sorang2 kat sini.. huhu "
" Bosan ke rindu? ;) "
" Tak nak jawap :p "


6 jam 30 minit yang lalu..


" Mana Yus ni.. kata nak sampai dah.. tapi.. bayangpun tak nampak :( "
" Eh.... fon bunyi la.. sape lak ni ? "


Tepat jam 8.20 minit malam


Suasana masih suram.. dan Anis, masih lagi di situ..pintu bilik itu juga masih tertutup rapat..

Dalam tak sedar, air matanya mula mengalir membasahi pipi..

" Awak.. awak ok kan kat dalam.. awak jangan risau k, doktor tengah cuba selamatkan awak tu.. Awal kena kuat tau! sebab.. kite nak cakap kat awak.. yang kite pun RINDU kat awak. "

...............................................................................................







21.12.10

Hilang

                  Seperti biasa, pagi2 lagi guwa ada kuliah.. guwa bangun, guwa basahkan badan, guwa hensem2, guwa terus gerak.. baru setapak guwa melepasi pintu pagar yg tertulis UTM INTERNATIONAL CAMPUS, guwa sedar.. guwa ada hilang something.. Shiittt.. mcmana bleh hilang ni..!!

                  Guwa kaget.. arghhh kenapa baru sekarang guwa sedar.. Patut lah dari semalam guwa rasa ada yg tak kena.. Guwa yakin benda alah tu mesti ada tertinggal dalam kawasan kampus ni..

...............................................

                  Ini tak boleh jadi..! Dah hampir sejam guwa teliti... takde bai.. mana pegi benda alah ni..!! guwa dah celaru.. Fikiran guwa kusut...

                  Dan dengan tak semena-mena guwa terpandang something.. something yg guwa tercari-cari dari tadi.. Ohhh kat situ rupanya :)

" Ehemm.. awak.. belakang beg awak tu.. tu saya punya.. maybe awak terambil kot.. boleh saya ambil balik..? "

                  Disaat gadis itu menoleh.. senyumannya.. guwa terpana..

"  Awak... awak simpan je lah hati saya tu.. mungkin bila awak simpan, ia takkan tercicir lagi.. dan.. saya tahu hati saya hanya pada awak :) 


"I’m giving you a piece of my heart not because you deserve it but because it already belongs to you. It might not be enough, it might be too small but this little piece of my heart could probably be my all. "