Showing posts with label hohoho. Show all posts
Showing posts with label hohoho. Show all posts

25.11.11

Suatu hari di So far so good sdn bhd

Zura : weyh, aku rasa nak demam lah.

Fahim : kau nak ubat demam? Nah, amek lah.

Zura : err.. nak telan ubat ni tapi tade air suam.

Lalu Zura keluar entah ke mana. Selang beberapa minit, Zura kembali. Kelihatan segelas air suam bersebelahan ubat itu.

Zura : (dengan perasaan terharu ).. THANKS fahim :)

Fahim : ... :)

................................................

We'll never part
Through sickness and health
You are my heart
I love you more than I love myself

11.11.11

Nanti kalau kau dah jumpa gadis lain macam mana?

Achik : Izan, kalau aku cakap aku perlukan kau, aku mahukan kau, macam mana?

Izan : Jangan nak macam-macam. Kita muda lagi. Nanti kau dah sambung belajar, kau akan jumpa ramai lagi gadis-gadis yang baik, nanti kau dah kerja, kau akan jumpa ramai lagi gadis-gadis yang comel. Selepas tu, aku, kau nak letak mana?

Achik : Letak... dalam hati :)

.....................................

I love you today,
As I have from the start,
And I'll love you forever,
With all of my heart

3.11.11

..... Dalam Botol

Ahwad berjalan sendirian di tepi pantai. Sunyi. Perasaan sedih menyelubungi diri.

"Kenapa kau tinggalkan aku Maria, kenapa?"

Lalu Ahwad mengeluarkan sehelai kertas kosong dikocek seluar sebelah kiri. Dan menulis sesuatu di atas kertas itu. Setelah itu dimasukkan kertas itu didalam botol kosong yang baru dijumpainya di tepi Jalan Mahameru sebentar tadi.

"Aku sayangkan kau MARIA..!!! kau paham takkkk????"

Sejurus selepas itu, dicampakkan botol yang mengandungi kertas itu ke dasar lautan. Pelan-pelan laut membawa botol itu jauh hingga hilang dari pandangan mata.

Isi kandungan surat itu, tiada yang mengetahui.

............................................

13.8.11

Entah kali ke berapa asyik minta maaf

Lama guwa termenung.

1 jam. 2 jam mungkin. depan laptop.

Otak guwa kusut. Serabut. Huru-hara.

Mungkin silap guwa jugak. Terlalu memaksa.

Haihh.. Guwa mengeluh.

Maaf.

Guwa.. guwa...

Guwa kekeringan idea ;)

6.8.11

Suatu petang di halaman rumah mereka

Rosma : Eh.. awak buat pe kat kucing tu?

Qasha : Main-main dengan kucing ni. Comel kan kucing ni. Awak.. boleh tolong saya tak?

Rosma : Tolong ape?

Qasha : Tolong bilang bulu kucing ni ada brape.

Rosma : 1.. 2.. 3.. err.. banyak sangat lah awak. Bilang sampai bila-bila pun tak abis ni.

Qasha : Kalau awak nak tahu, sebanyak ni jugak lah kasih dan sayang saya terhadap awak :)

....................................

I love you, always forever
Near and far, closer together
Everywhere, I will be with you
Everyday, I will devour you..

16.7.11

Pada suatu petang di Jalan TAR

Fadli jalan ala-ala model. Selambe habis gaya. Jalan tengah-tengah jalan raya pulak.

Tiba-tiba datang satu kereta rempuh Fadli. Fadli tercampak jauh. Darah mengalir laju.

Kelam-kabut datang seorang pakcik menanyakan keadaan Fadli yang agak kritikal, "Anak, anak okay?! Sakit kan? Tahan sikit yer. Japgi ambulans datang."

Fadli masih tersenyum.

Pakcik itu berasa heran lalu bertanya kepada Fadli. "Anak, kenapa anak masih lagi mampu tersenyum?"

Lalu Fadli menjawab. "Kerna saya pernah merasa lebih sakit dari ini. Sakit ditinggalkan insan yang saya cintai" :)

..............................................

30.4.11

Kisah Exam

Keluar awal dari dewan exam bagi budak-budak sains komp itu bukanlah dikira rare. Kitorang bukanlah bijak sangat mahupun maha pandai nak keluar setengah jam awal, sejam awal. Cuma sifat yang tertanam sejak sem 1 yang kitorang praktikkan, "Masa itu emas", kitorang amalkan dengan sebaik mungkin. Apa efisien dah abes jawap soalan mendagu tunggu lagi sejam ye dak? Prinsip "Hentam dan tembak-menembak" memang dah sebati dalam diri kitorang. So, lu orang jangan tak tahu kitorang cabut awal kadang-kadang bukan sebab dapat jawap. hahahaha.

Tapi, tepat jam 9 pagi kejap gi, segala-galanya akan berubah. Sebab?

Encik S : Untuk paper ni, saya taknak kamu keluar awal. Keluar setengah jam awal, markah kamu saya potong umpama sehari kamu ponteng kuliah. Keluar sejam awal, saya potong macam 2 hari kamu tuang kuliah. Saya buat semua ni sebab ada pensyarah lain kata soalan saya buat senang sangat. So, saya nak kamu buat exam sampai abes waktu ok? Baru nampak macam soalan saya susah.

Guwa kat belakang dah gusar-gusar. Member guwa ada yang resah, yang macam semacam pun ada. Ahh masak guwa, memang tido r dalam dewan kejap gi. hahahaha.

11.2.11

Kawan guwa yg hensem lagi rempit


Lu orang suka? Terpikat? Nak follow blog abang rempit yg kacak ni? Nah guwa kasi link lu orang bleh tekan kat SINI. Lu orang tak rugi punya baca, lagi-lagi entry beliau mula-mula terjebak ngan kegiatan rempit. Konpem bez. Hahahaha.. guwa tak tahan gelak.

p/s : Sori Pul cilok gambar lu kat fb ;)

14.1.11

Burung apa.. Hehehe..



Lu orang tak paham?



" Woi..!! guwa la PUYOL "


Sekarang lu orang dah paham? hehehhe..


p/s : Guwa syak Muslim ngan Fadli Sas makan gak burung PUYOL ni patutlah performed hebat je mcm PUYOL :p

8.1.11

Kisah Suatu Petang di Kedai Ah Moi

Ting tong...

Amoi : yer mawu cari ape?

Guwa : Kat sini bleh trade-in? Guwa mawu trade-in ini benda maa..

Amoi : Apa pasal u mawu trade-in ini benda? Ini benda lawa lagi i tgok.

Guwa : Guwa ada syok kat itu awek. Guwa slalu rindu kat dia. Lagi, bila guwa nampak itu awek, ini benda "Dup Dap Dup Dap ".. manyak sakit maa... Lu ada stok HEART yang buta, takda prasaan punya..?  Guwa mawu trade-in.
        
Amoi : .............


Pain is such an uncomfortable feeling that even a tiny amount of it is enough to ruin every enjoyment