15.7.11

Mia Sarah

Mia berjalan. Berjalan lagi. "Tempat apakah ni..? Indah sungguh." Tanya Mia seorang diri.

"Hey kamu. Keluar dari sini. Sini bukan tempat kamu." Suatu suara menjelma.

Mia terkedu. Mahu tinggalkan tempat ini? Ahh tidak. Tidak sama sekali. Tempat ini sangat indah, cantik. Kenapa perlu di tinggalkan.

"Hey kamu. Tak mengertikah kamu. Kamu bukan ditakdirkan untuk berada di tempat ini."

Mia bingung. Kalau masih tidak mahu berganjak, melawan takdirkah maksudnya?

"Kamu degil? Kenapa?"

Mia menarik nafas sedalam-dalamnya lalu dihembuskan perlahan-lahan. Dan diungkapkan..

"Kerna tempat aku hanya dalam hati ini. Aku mahu hidup dan mati dalam hati ini. Dalam hati orang yang paling aku sayang, paling aku cintai. Usah lagi menghalang. Biarlah tuhan yang menentukannya. Bukannya kamu si Pembisik Hati. Kerna aku tahu, dengan izin-Nya, Mia untuk Adam dan Adam untuk Mia selamanya."

........................................


Italic

No comments: