3.11.11

..... Dalam Botol

Ahwad berjalan sendirian di tepi pantai. Sunyi. Perasaan sedih menyelubungi diri.

"Kenapa kau tinggalkan aku Maria, kenapa?"

Lalu Ahwad mengeluarkan sehelai kertas kosong dikocek seluar sebelah kiri. Dan menulis sesuatu di atas kertas itu. Setelah itu dimasukkan kertas itu didalam botol kosong yang baru dijumpainya di tepi Jalan Mahameru sebentar tadi.

"Aku sayangkan kau MARIA..!!! kau paham takkkk????"

Sejurus selepas itu, dicampakkan botol yang mengandungi kertas itu ke dasar lautan. Pelan-pelan laut membawa botol itu jauh hingga hilang dari pandangan mata.

Isi kandungan surat itu, tiada yang mengetahui.

............................................

6 comments:

Anonymous said...

.....Dalam Botol

Afiq berjalan sendirian di sepanjang sungai yang airnya tenang mengalir.Perasaan sedih menyelebungi diri.

"Kenapa kau tinggalkan aku Kasih,kenapa?"

Lalu Afiq mengeluarkan sehelai kertas kosong di kocek kirinya lalu menulis sesuatu di atas kertas itu. Setelah itu,dimasukkannya ke dalam botol yang kosong yang dijumpainya tadi di bawah pohon berdekatan sungai itu.

"Aku sayangkan kau Kasih !!!! Dulu ,Kini dan selamanya !!!! Kau Faham Tak ???"

Sejurus selepas itu,dicampakkan botol yang mengandungi kertas itu ke sungai.Arus sungai membawanya pergi jauh,jauh dan jauh...lebih jauh sehingga hilang dari pandangannya.

Sejurus beberapa minit berlalu,telefon bimbit Afiq berbunyi.Khidmat pesanan ringkas masuk dan nama yang tertera adalah... Kasih ...

Hatinya berdegup kencang .

"Apakah semua ini ? Adakah masih ada harapan buat ku ?"

Mula membaca ...

---Afiq,aku masih sayangkan kau. Dulu,kini dan selamanya.Maafkan tindakan bodohku memutuskan hubungan kita---

Afiq mulai tersenyum dan berlari mengikut arus sungai dan langkahnya terhenti selepas 10 minit berlari.Rupa-rupanya,kekasih hatinya berada tak jauh daripada dia.Kasih sedang berkelah bersama keluarganya.Afiq dapat menangkap wajah Kasih yang sedang tersenyum berlinangan air mata dan memegang botol serta sehelai kertas.

Ini lah di katakan takdir .
Kalau dah jodoh,jodoh lah .

Hahahaha ...

Nazmin Nazifa εїз said...

hahah,macam kenal je . patut la. HEHE

Anonymous said...

Allah sahaja yang Maha Mengetahui =)

Nazmin Nazifa εїз said...

Ahwad mencemari sungai kita !!! Hahaha ... :P

eioul said...

mak ai dah boleh buat cerita baru ni.. ;)

saiful aizat said...

dah kau baling botol pegi dasar lautan kompem2 ah dia berkubur kat situ. hahahaha. mane leh sambung cite bhai. hahaha