1.2.12

Dewi Aleeya

Aleeya berjalan di celah-celah orang ramai. Di dalam terowong itu, jauh di sudut tepi di atas tangga terduduk seorang mamat berambut panjang, kerinting, menutupi sebahagian wajahnya. Sambil memetik gitar berwarna pich. mendendang sebuah lagu...

"Apabila jendela terbuka
Terbongkar segala rahsia
Betapa indah semua
Kewujudan yang tercipta
Senyummu Dewi Aleeya
Indah nan mempersona
Sanggup ku telan selaut bara.."

Keesokkan harinya, Aleeya sekali lagi berjalan melalui terowong itu. Kali ini, tidak pusu-pusu manusia di situ. Sekali lagi Aleeya terdengar alunan suara itu, lagu itu, tetap sama.

"Ku tak menghiraukan
Apa tohmahan terhadap dirinya
Ku yakin percaya
Kerana ku tahu kau dewi hatiku.."

Suara yang persis Black Mentor itu masih kedengaran. Ahh lunak sungguh suara itu. Rasa ingin tahu membuak-buak. Aleeya berjalan terus berhadapan dengan mamat itu. Masih lagi mamat itu mendendangkan lagu itu tanpa jemu.. walau tiap kali lagu yang didendangkan itu adalah lagu yang sama.

"Kau Dewi Aleeya
Tiada duanya
Hanya kau yang satu
Kau Dewi Aleeya
Dambakan selalu
Penyeri di istanaku"

"Awak.. awak ni siapa?"

Pelan-pelan wajah itu menjawab. "Saya mencari Aleeya. Dewi Aleeya Natasha".

Dan mamat itu mendongak. Rambutnya yang tidak terurus berterbangan ke tepi ditiup angin. Dan terpancar jelaslah wajah itu. Wajah yang 10 tahun lamanya Aleeya mencari.

"Sol..! Sol, ini Aleeya. Aleeya yang Sol cari selama ini..."

...............................................

Cos I tried so hard to find her.
Should I hold my breath
Now she's looking at me.
And I hope she knows I want her.

No comments: