4.6.12

Dosa

cukup kau seorang mencipta dosa
usah mengajak manusia lain turut merasa
cukup kau seorang ke pintu neraka
usah mengheret mereka-mereka

kenapa?
kau mahu kawan di sana?
kau tak cukup berani ka?

ah sekarang boleh kau berborak
takbur, riak
sembang sana-sini bagai nak rak
kau canang cerita dunia ini kau berhak

balik kerja terus ke kelab
kesian hidup kau, makin gelap
tak tahu mana silap

aku? siapa aku untuk bercakap?
maaf, aku cuma manusia yang tak lengkap
yang hanya mampu melihat kau dari tingkap
cuma.. cuma satu aku harap
agar kelak sinar taubat mampu kau dakap

No comments: