29.6.12

Gaduh

barangkali sudah mangli
sudah berkali-kali
apa mahu peduli
jadinya setiap kali
lahirnya tanpa henti
mana kenal erti mati

tepi, tepi, tepi
ikut hati mahu angkat kaki
ikut rasa binasa

bungkam.

lihat arloji
jarum tetap setia menemani
kolaborasi begini
bikin dunia sampai syurgawi

ironiknya.

manusia tak seperti ini
gaduh laki bini
tumbuk sana sini

dan aku
tak mahu

No comments: