9.6.12

Selamat malam kuala lumpur

malam ini aku peluh
badan melekit
kalau pun disuluh
pasti menampakkan cecair berbau masin
bikin hidung bersin

barangkali ibukota ini sudah tiada penghawa dingin
dahan-dahan konkrit punca penghalang angin
ahh, aku rindu suasana kampung yang dingin
lepak-lepak baring bawah kipas angin
sambil-sambil menatap gambar si onin

hehe.

panas macamni, mana mata mahu lelap
aku bangun, lihat luar tingkap
yang kelihatan cuma gelap
sekali-sekala tiang lampu tegap
kasi cahaya liplap liplap

samar-samar
macam apa yg aku rasa

bosan.
sunyi.
sepi.
rindu.
sendu.

lihat android
tiada pesanan ringkas
tiada panggilan rindu (miss kol)

bosan.
rindu.

masa untuk tidur
selamat malam kuala lumpur

...........

2 comments:

wanda said...

bkn main bermadah sebelum tidur..:D

eioul said...

mesti =)