31.8.12

Merdeka

yer, kita masih dijajah.
walau dalam buku teks sejarah
askar melayu melaung tanah tumpah darah
melawan penjajah
lalu malaya bebas dari dijajah

itu mungkin erti merdeka bagi mereka-mereka
yang cuma ikut telunjuk kata
asal bebas aman sentosa bahagia
itu, apa yang mereka rasa

kamu semua
mari lihat anak muda berpakaian menjolok mata
itu budaya siapa?

kamu semua
mari tengok wayang cerita senggama
itu budaya siapa?

tepuk dada tanya selera

itu belum lagi
mahu dikaitkan dengan pemikiran yang kononnya tinggi
hasil sistem kapitalis sejak dulu lagi
hanya mampu geleng kepala goyang kaki

inikah erti kemerdekaan?
walhal kita masih lagi dijajah
secara visual, elektronik, abstrak
apa lagi kejadah

banyak lagi
banyak lagi jika digali
sudah lah
aku sudah lali
letih barangkali
lain hari aku cerita lagi

buat Malaysia
yang tercinta

selamat hari merdeka

No comments: