dan hujan turun dengan lebatnya
kau tidak punya payung
tapi kau ingin sangat ke sekolah
kau cuma ada diri kau sahaja
tidak punya kereta, atau apa-apa
untuk melindungi diri kau dari dibasahi
jadi, apa kau ingin teruskan ke sekolah?
atau batalkan saja niat kau
hujan turun dengan lebat
hampir mustahil untuk kau tidak kebasahan.
umpama kau sukakan seseorang
dan kau ingin serius padanya
kau ingin nikahinya
kau ingin bahagia bersamanya
tapi kau tak punya wang yang banyak
apa perlu kau kalah?
mengalah tak maksud kau kalah
hidup ini terlalu rumit
waima untuk melakukan sesuatu yang murni sekalipun
ia seakan mustahil
mungkin ini masanya
kau ukur badan sendiri
kau patut bunuh rasa ini
waima ini perkara yang paling kau takuti.
No comments:
Post a Comment