23.4.16

Fenomena Bunga

"Suka saya ingatkan di sini bahawa saya sukakan awak !!!" Jerit Bunga secara tiba-tiba. Seluruh pelajar di dalam kelas 5 Cempaka memandangnya. Riduan senyum sinis. Zaiton sudah garu-garu kepala.

Kisah Bunga ini tersebar luas. Keberanian yang Bunga tonjolkan demi cinta hatinya telah membuka mata hati banyak pihak bahawa cinta itu tidak harus terkurung begitu sahaja.

Sementara di kampung sebelah, sambil menghisap tar dan nikotin Basir mengelap sedikit air matanya yang mengalir di pipi. Kisah ketika di zaman sekolah dikenangnya. Menyesal dia dahulu kerana menyimpan rasa cintanya terhadap Bunga tanpa diluah. Kini, nasi susah menjadi bubur. Bunga semakin dikenali ramai manakala cintanya semakin pudar dan layu.

No comments: