30.1.17

Catatan Celaka

Masih ingat lagi ketika Bunga memberikan aku sebuah kotak, yang di dalamnya punya beberapa keping hati, dan pada setiap dinding hati itu punya sepotong kata-kata.

Terima
Kasih
Kerana
Menyayangi
Saya

Hari ini, genap 10 tahun Bunga pergi bersama lelaki lain. Keretek di jari perlahan aku letakkan ke tepi. Kotak itu masih berada di hadapan aku bersama hati-hati yang masih kemas tersimpan.

Aku buka kotak itu lalu laju sahaja jari jariku mengoyak-ngoyak setiap hati tersebut, seperti hati aku yang sudah benar lama koyaknya. Kini, aku perlu teruskan melangkah. Catatan celaka ini harus berakhirnya begini. Keretek tadi kembali ke bibir aku.

No comments: