14.11.18

Curi

Matamu ialah sekaki payung
meneduhkan jiwaku
ketika panas mencengkam
meredupkan sanubariku
seperti kapas gergasi di langit biru

Menatap matamu
seperti ketulan-ketulan ais
yang dibancuh bersama teh susu panas
lantas mencairkan hati aku ini
tanpa tahu erti berhenti
manisku

Antara peti sejuk dan penghawa dingin
ketahuilah bahawa aku hanya ingin
dekat dengan matamu
sepasang mata cantik
yang punya kuasa sakti
menyejukkan atmosfera di sekelilingku
yang bikin tidur aku lena
dan bermimpikan kamu

Jadi malam ini boleh aku curi sepasang matamu itu?
Pleaseeeeeeee?

No comments: