24.6.22

Jauh

Aku sering membayangkan kau seperti bulan
Bukan kerana indah kerana cantik
Tetapi kerana jauhnya terlalu untuk aku petik

Malam ini bulan masih di situ
Aku yang sedang menatap di bibir tingkap
Mengharap bulan jatuh untuk aku sedia mendakap

Langit memuntahkan hujan
Awan tak kelihatan
Begitu juga bulan. 

No comments: