9.3.23

Suara

Ada malam
Ketika hujan mencium tanah
Sejuk memeluk tubuh
Bulan malu-malu di belakang awan
Ada suara yang jadi irama
Merdu dan penuh persona

Ada malam
Ketika bintang bermain di langit
Bulan jadi saksi
Suara itu masih membuai
Bersama gurau dan gelak ketawa

Ada malam
Ribut dan taufan berkawan
Guruh seperti mahu berlawan
Tetap juga suara itu hadir 
Walau ada rasa yang mengganggu
Dia tetap ada

Walau hanya di radio. 

2 comments:

Anonymous said...

indah sungguh bahasa, teruskan berkarya orang muda

Anonymous said...

Terima kasih. Saya dah tak berapa muda 😅