4.1.11

Diari si Setan

26 jan 2011


6.00 a.m

Suram. Aku masih dalam kegelapan. Mana cahaya? Mana kau? Kau babi kan. Babi pun tak macam kau. Siang kau peguam. Malam kau macam setan. Kau tgok sekarang, apa dah jadi. Kau mabuk. Berapa liter air kencing setan kau dah teguk r? Berapa anak ayam dah kau roket? Kau memang sial.

Allahuakbar... Allah.... huakbar.. Allah........ huakbar.. Allah.... huakbar
Ashaduallah.. ilahailallah.. Ashaduallah ilahailallah....

6.30 a.m

Aku masih di situ. Aku dapat lihat. Di depan aku. Makhluk-makhluk berpakaian putih berpusu-pusu. Ke mana mereka pergi. Wajah mereka. Aku lihat cahaya pada wajah mereka. Aku lihat kegembiraan. Aku cemburu.

9.00 a.m

Aku masih bersandar di tiang. Cahaya matahari mula memancar. Argh aku tak suke. Aku panas. Aku cuba bangun. Aku tak mampu. Badan aku busuk. Hati aku, wangi lagi taik-taik di tepi jalan itu. Hati aku kotor. Jijik.

11.00 a.m

Aku lihat manusia2 bergelimpangan. Berkejar-kejaran. Masing-masing keluar mencari rezeki. Ada wawasan. Aku? sampah masyarakat. Iye aku memang berharta. Aku banyak duit. Aku bebas joli sana-sini. Nak sedap badan, aku cari anak dara, belen, bohsia, cikaro.. sume aku dah rasa. Memang dasar buaya.

1.00 p.m

Aku lihat jam di tangan. Masih mampu bergerak lagi rupanya tangan ini. Aku tersenyum. Masih ada masa. 

5.00 p.m

Tubuh kering ini kian tidak bertenaga. Tidak berganjak walau seinci. Aku pandang ke langit. Aku lihat awan. Cantik sungguh awan itu. Aku kagum ngan ciptaan maha Esa. Arghh kenapa baru sekarang aku ingat Dia. Masih sempatkah. Aku tak tahu itu. 

5.45 p.m

Hujan lebat. Keadaan jalan kembali lengang. Mungkin semua sedang berteduh. Cuma aku yang bodoh. Biarkan diri ini kebasahan. Biarkan diri ini bergelumang dengan dosa. Mata aku semakin kelam. Cahaya makin jauh meninggalkan aku. Umi, Ayah, maafkan anakmu. Maafkan aku ya Allah.... 

6.00 p.m

" Hello, boleh saya bercakap dengan Encik Kamarul"
" Yer saya bercakap "
" Encik, sila ke Hospital Selayang untuk membuat pengecaman mayat "

............................................................................................


p/s : Jauhi Pergaulan Bebas, Cegah Penularan HIV AIDS.




4 comments:

sophie said...

Kaw nie terbaik r..Puitis!

Nazrul Montolivo said...

:)

amirulbaharudin said...

cepat2lah terbitkan novel,
nescaya laku~~~

Nazrul Montolivo said...

trima kasih atas sokongan anda sume..