1.2.11

Jerangkung Dalam Almari



DUUMMmmmmmmm!!

Lagi sekali. Almari itu berbunyi. Seperti ada sesuatu di dalamnya sedang cuba keluar dari almari itu. Farouk kian resah. Peluh mula mengalir keluar dari hujung rambutnya. Masuk kali ni, dah 3 malam berturut-turut almari itu asyik berbunyi. Yang peliknya, makin hari makin kerap almari itu berbunyi. Dan malam ini, bunyi dentuman itu kian kuat, kian kerap. 

........................................

" Halo Farouk, ini hali lu nampak manyak hensem maaa.. "
" Ahh kau apek, ada-ada je. Pehal kau panggil aku datang sini hari ni. Pelik btol. Selalu bukan main susah nak jumpa kau. "

Apek senyum sinis.

" Wa ada barang manyak baekk punya. Ini wa rekomen sama lu. Almari antik. Amacam, lu suke? "

Farouk sememangnya gemar mengumpul barang-barang antik. Pantang nampak barang antik mesti dibelinya.

" Brapa lu jual ini barang? "
" Member-member, wa kasi free maaa. Lu bleh angkat cekalang ini barang. "

Farouk tersentak. Barang antik kasi free. Biar btol. Namun, Farouk hanya terdiam. Baginya, ini sudah cukup baik. Pucuk di cita, ulam mendatang. Lebih baik dia hanya membisukan diri. Mahu apek ni ubah fikiran, tetiba suruh dia bayar, mampus. Dah la sekarang ni tengah bulan, gaji tak masuk lagi. 

.........................................

Bunyi kian kuat. Farouk kian cemas. " Babi punya apek. Patut lah dia kasi free. Berpuaka ape almari ni! "  

Farouk memberanikan diri. Dia sudah tidak tahan dengan bunyi bising dari dalam almari itu. Setapak demi setapak kaki Farouk melangkah menuju arah almari itu. Peluhnya mencurah-curah. Dengan perlahan dia mengambil kunci dari kocek seluarnya, lalu dihulurkan ke lubang tombol almari itu.

Suasana sunyi. Baru sebentar tadi almari itu bagai nak pecah.... dan sekarang sunyi sepi. Seperti menanti kehadiran Farouk untuk membuka daun pintu almari itu. Farouk kuatkan diri. Walau apa pun, dia ingin tahu apa yg tersorok dalam almari itu yang menyebabkan almari itu berdentum.

Farouk memulas tombol almari itu. 

Dan.....

Farouk kaku. Di depan matanya terduduk seekor lembaga hitam. Tersenyum sinis lembaga itu kearahnya. 

PciiiikkkkkkkkkkkkkkkkK..

Farouk ditarik masuk ke dalam almari itu. Darah melimpah memercik keluar. 

DuummmmmMMM....!!

Pintu itu kembali tertutup.

..................................................


Tamat.

7 comments:

Unknown said...

eh? ape jadi? mati ke orangnye?

Nazrul Montolivo said...

mati agaknya. dah kena makan ngan jerangkung tu.. takut kan...

Zue Sancer said...

cite hantu like!!!

ijam ismail said...

AIGOOOOOOOOOOO~~

Nazrul Montolivo said...

seraaammmmm~~~~

little ain said...

errr ape dah jadi?

tragis sungguh.

Nazrul Montolivo said...

laki tu mati :(