25.2.11

Nurul dan Iskandar

Si kecil itu cuba belajar untuk berjalan.

Te tehhh.. te tehhh.. "

Hanya setapak dua, jatuh lagi. Si kecil tidak putus asa. Dicubanya lagi untuk berjalan.

Tersenyum kedua-dua mempelai yang baru bergelar ibu ayah itu memerhatikan gelagat anak sulung mereka.
Kata orang, comel anak kecil ini seperti ibunya. Ligatnya pula seperti ayahnya.

..............................

Dari jauh, gadis comel itu asyik memerhatikan gelagat seorang jejaka. Jejaka yang sedang ligat menggelecek bola.

1..

2...

3 pemain lawan ditewaskan dan.... Gollllllll...!!!

Bersorak penyokong tuan rumah. UTM sudah mendahului UNISEL 3 berbalas 0. Gadis itu tersenyum riang.

................................

" Bagus tak saya main tadi? "
" entah, tak tengok pun ". Bohong Nurul.

Iskandar tersenyum. Bukan dia tak tahu sikap buah hatinya itu. Lain jawapan yang diharapkan, lain jawapan yang diberikan. Namun, itu jua yang memikat hati Iskandar.

Nurul membalas senyuman.

" Comelnya  :) ". Bisik hati Iskandar.

................................

" Awak, malam ni kita Dinner? Tempat biasa. Saya ada hal mustahak nak bincang ngan awak ".


Nurul resah. Suara Iskandar yang seakan-akan cuba mendesak membuatkannya keliru.

.............................

" Apa yang penting sangat ni? "
" Encik, ini aiskirm yang encik pesan tadi ". Dan pelayan itu terus berlalu.
"  Ehem.. Kalu yer pun makan la aiskrim tu dulu. "


Nurul mengangguk. Seperti robot mengikut sahaja telunjuk Iskandar, digapai sudu di sebelah kanannya lalu dicuit sedikit aiskrim berperisa strawberi itu.

Dan.. dengan tak semena-mena sesuatu yang berkilau terjatuh dari timbunan aiskirm itu lalu bergolek hinggap ke jari kelingking Nurul.

" Saya cintakan awak. Sudikah awak menjadi teman sehidup semati saya? "


Nurul menitiskan air mata. Tangisan dalam kegembiraan. Disarungkan cincin itu masuk ke jari manisnya.

.............................

" Puteri Amanina, datang kat ayah "


Terkedek-kedek si kecil itu pergi mendapatkan ayahnya.

" Baru semalam belajar berjalan, hari ni terus pandai yerr... ".
" Ehemm.. yela ligat macam ayahnya juga ;) " . Berbisik Nurul kepada suaminya.

Bergelak ketawa pasangan itu.

................................