19.3.11

Nur Syazana

" Sila ambil tempat masing-masing. Kegarisan... "

Syazana fokus.

"Sedia. MULA!!"

Perlumbaan bermula. Syazana mengorak langkah. Terus memecut. Satu persatu persaingnya dipintas. Tidak kenal erti lelah, erti putus asa. Dipercepatkan lagi kelajuan pergerakkannya.

...............................

Sudah memasuki check point yang terakhir, dia kini berkedudukan di tempat ke dua. Syazana masih tidak mahu mengalah. Semakin kuat tenaganya, semangatnya.

Tidak jauh dari situ, sudah kelihatan garisan penamat. Syazana bersaing hebat bersama seorang pesaing. Masing-masing tidak mahu kalah.

Cuma beberapa langkah lagi untuk mengetahui siapa pemenangnya.

3 langkah.

2 langkah.

Dan.

..........................................

" Encik Khairi, semuanya sudah selamat. Encik dah boleh tengok isteri serta baby. "

Anis tersenyum memandang suaminya. Disisi Anis, kelihatan cahaya mata mereka yang sulung. Comel, cantik. matanya bulat, pipinya tembam, kemerahan.

Khairi mendukung baby itu.

" Baby perempuan yer. Abang namakan baby ni Nur Syazana. Nur Syazana, selamat lahir ke dunia ini =) "

2 comments:

kr0nc0ngmalaya said...

hahaha

gua igt seri tadi.

lu ada ciri ciri nak jd penulis novel la bro.

cuba try karang satu novel tgk.

;]

Nazrul Montolivo said...

@muzakkir kalu seri nampaknya keluar kembar tak seiras la. haha. novel panjang sngt. malas pulak kan. hahahaha.