13.8.12

Secawan kopi

secawan kopi panas untuk aku
buat cairkan hati yang sedang membeku
cair, dan terus cair di situ

tunggu
aku cuma mahu beritahu
aku mulai cair padamu

senyummu
tawamu
garangmu
segala baik burukmu..

bikin aku cair tahap infiniti
dan makanya esok hari
masih terhidang untuk aku secawan kopi
kerna proses pencairan ini
takkan pernah lelah berhenti

No comments: