4.12.12

Hakikatnya

kadang kita lihat
kita kenal
lalu

kita suka dia
kita jaga dia
kita belai dia
kita sayang dia
kita perhati dia
kita risau dia
kita rindu dia

tapi, yang kita tak sedar
hakikatnya

dia kawan
tak lebih dari itu
kita tahu itu
tapi kita saja buat tak tahu
kita mula takut hilang dia

lalu

kita desak dia
kita kongkong dia
kita paksa dia
kita kawal dia
kita manipulasi dia

bawah sedar
kita diktator
kita paranoid
kita obses

kita tak mahu kalah
kita tak berhenti berusaha

maaf kawan

dia belum siapa-siapa lagi
dia belum isteri
dia belum bini
dia belum dinda
dia belum suri

jaga adab
kawal perasaan
percaya pada jodoh

boleh kawan ? =)