10.3.13

Mama


Aku buka mata
Lihat arloji, sudah pukul tiga
Aku lapar
Mana mama?

Mama cakap tunggu
Aku tunggu
Persis penunggu
Aku tunggu

Kaki aku sakit
Angkara lama berdiri
Sebab lelah sendiri
Di kaki lima ini
Mama mana?

Aku buka mata
Lihat arloji, sudah pukul dua
Aku lapar
Eh, aku kat mana?

Cukup hari ini
sudah sebulan aku kat sini
Rumah Kebajikan Murni
Berteman sepi
Berkawan sunyi
Sejak dari itu, mama, aku tak temui lagi

Adik rindu mama

No comments: