27.1.19

Hati Saya Kutub Utara Selatan

Malam ini
hati saya dipenuhi ais
batuk yang tidak mahu henti
dan orang sebelah bilik yang memekik
"diam lah aku nak tidooo!!"

Malam ini
hati saya dipenuhi ais
ada penukul di tangan kanan saya
apa harus saya hayunkan
dan jadikan ais batu campur?

Malam ini
hati saya dipenuhi ais
salju berselerakkan di dinding dada
yang warnanya merah darah

Malam ini
hati saya dipenuhi ais
setelah saya rawatnya sendiri
tapi dia akhirnya mati
moga-moga tak berbau nanti

No comments: