12.1.19

Sunset di Tanah Anarki

Kau sunset yang indah
manakala aku cermin tingkap yang berdebu
setiap hari kita bertemu
bercumbu mata dan bermadah bisu
aku katakan pada kau; i love u
dari sanubari hati ini yang terbuku
jika saja kau tahu, sayangku
walau tentu saja kau tidak akan tahu

kerana kau sunset yang indah
manakala aku cermin tingkap yang berdebu
jauh... walau dekatnya cuma di situ

No comments: