28.3.11

Selamat Pengantin Baru

Dari jauh Kimi memandang, rumah yang terang-benderang itu, dilengkapi lampu-lampu bermacam-macam warna, dipenuhi manusia-manusia tak kira tua muda, kanak-kanak berlari-lari, sungguh seronok, sungguh meriah. Tapi bagi kimi, sebaliknya.

Selamat pengantin baru
Selamat berbahagia
Selamat ke anak cucu
Selamat sejahtera

Sayup-sayup kedengaran lagu nyanyian Allahyarhamah Saloma dimainkan. Kimi masih tenang.

Tuk.. Tuk.. Ketukan dari luar tingkap. Kimi menurunkan sedikit paras cermin tingkap itu.

"Anak, dari tadi pakcik tengok anak asyik dalam kereta. Tak mahu pergi menjenguk ke rumah pengantinkah? Jom lah sekali. Pakcik pun nak pegi ke sana".

Kimi tersenyum hambar. "Takpe lah pakcik. Kejap lagi saya pergi". 

Pakcik itu berlalu pergi. Kimi masih di dalam kereta.

..............................

"Kimi, nanti kalu Mimi kahwin, Kimi datang kenduri kahwin Mimi tau."
"Taknak lah."
"Sebab apa taknak?"

'Sebab Kimi cintakan Mimi'. Jawab Kimi dalam hati.

..............................

Tuk.. Tuk.. "Anak, masih tak pergi jenguk? Eh, kenapa menangis ni?"

"Tak ada apa-apa pakcik". Kimi tmengesat air mata. dan tersenyum.

Kedengaran enjin kereta dihidupkan. Lampu kereta dinyalakan. dan dengan perlahan berlalu pergi. Pergi meninggalkan kisah cinta, kisah yang pastinya terpaksa dilupakan, terpaksa ditelan walaupun pahit.

.............................


Tak sengaja lewat depan rumahmu
Ku melihat ada tenda biru
Dihiasi indahnya janur kuning
Hati bertanya pernikahan siapa

Tak percaya tapi ini terjadi
Kau bersanding duduk di pelaminan
Airmata jatuh tak tertahankan
Kau khianati cinta suci ini

Tanpa undangan , Diriku kau lupakan
Tanpa utusan , Diriku kau tinggalkan
Tanpa bicara, Kau buat ku kecewa
Tanpa berdosa, Kau buatku merana

Ku tak percaya 
Dirimu tega
Nodai cinta 
Khianati cinta